Assalamu’alaikum pembuka bicara,
Seloka Pai 1 empunya cerita,
Pelbagai ragam dapat dirasa,
Lawak jenaka bermain di mata.
Indahnya bunga harum semerbak,
Sering menjadi tumpuan sang kumbang,
Sembilan puteri indah menawan,
Menjadi rebutan sebelas jejaka.
Di IPG bermulanya episod kehidupan,
Sekali berpijak tak boleh berundur,
Ustaz Rabbani tutor kesayangan,
Menjadi rujukan segenap pelajar.
Abi kami kelakar sekali,
Celotehnya sungguh menggelikan hati,
Izzuddin namanya indah sekali,
Sekali terpandang terus jatuh hati.
Warna hijau idaman hati,
Tinggi lampai empunya diri,
Khumaeni namanya gah sekali,
Sayangnya mudah merajuk hati.
Ilyas Ku Ahmad nama diberi,
Seorang yang asing dalam kelas kami,
Tempat tinggalnya jauh sekali,
Anak jati negeri jelapang padi.
Orangnya pendiam tidak terkata,
Sekali bersuara menarik perhatian,
Senyum di bibir tak pernah lekang,
Ku Mohd Hafizudin menjadi pilihan.
Suaranya merdu bak buluh perindu,
Pandai bertarannum petah berbicara,
Itulah Luqman si idaman kalbu,
Orangnya hensem si hitam manis.
Bulu matanya cantik melengkung indah,
Tiada dijual di mana-mana,
Siapa terpandang akan terpikat,
Itulah Qusyairi nama diberi.
Orangnya sopan mencuit hati,
Suaranya lembut mengalahkan perempuan,
Itulah dia Amin Ruzi,
Siapa tak kenal memang rugi.
Hafizuddin Azmi tegap sekali,
Seorang yang jaguh dalam persilatan,
Siapa terkena memang merana,
Kalau berani datanglah ke mari.
Dari Cendering datang ke mari,
Singgah di IPG mencari isteri,
Tapi sayang tiada yang sudi,
Katanya Syawal “ ikhlaskan hati “.
Cita-citanya tinggi melangit,
Ingin menjadi perdana menteri,
Kalau nak kenal itulah Izzat,
Sekali bersuara semua tertawa.
Modal bercakap berguni-guni,
Ke mana pergi akan dikenali,
Itulah dia Nik Mohd Haniff,
Lebih dikenali sebagai al-buali.
Sebelas jejaka menawan hati,
Selesai sudah cerita mereka,
Kini bermula babak baru,
Inilah dia kisah Sembilan puteri.
Ada Abi ada Ummi,
Orangnya cantik sungguh berdedikasi,
Itulah Siti Mariam empunya diri,
Sekali tersenyum nampak gigi.
Ustazah lampai manis orangnya,
Bila bercakap lantang sungguh suara,
Bahasa ibunda tak dilupa
Itulah Fatihah al-zahra orangnya
Warna merah sentiasa di hati,
Katanya nak kahwin dengan menteri,
Nor Syuhada si gadis melayu,
Doa kami sentiasa mengiringi.
Setia dengan cerita koreanya,
Mengalah bukanlah gayanya,
Datangnya dia dari Dungun,
Norkamilah empunya nama .
Dari matrik berpindah ke IPG,
Menjadi ustazah impian hati,
Sekali berceloteh kiut sekali,
Itulah dia Atiliana Mohd Zuki.
Nurul Solehah Binti Zakari,
Bab menaip laju sekali,
Setiausaha agung kelas kami,
Suka bergaya baik hati.
Naruto, Bleach dan Loco Roco,
Itulah kegemaran si manis ini,
Nurulhannan bendahari kami,
Sekali mintak duit mengalahkan ceti.
Diam-diam ubi berisi,
Dari Paka Salsabila namanya,
Sekali bersuara lantang sekali,
Tak terkata kami dibuatnya.
Tiba pula giliran Siti Nur Hafeezah,
Berkaca mata genius sekali,
Handphonenya sentiasa di sisi,
Sibuknya mengalahkan YB.
selesai sudah celoteh kami,
Jika terkasar harap dimaafkan,
Niat kami bukan nak mengata,
Sekadar bergurau memeriahkan suasana.