July 29, 2011

Bahaya Lidah..!

 Assalamualaikum semua...

Dah lama xupdate dgn pengisian rohani kita kn..Dalam 3 hari lg..Ramadhan akan tiba..Marhaban ya Ramadhan..InsyaAllah..kat sini ada sometin utk kt share bsama..ape dia??tentang LIDAH..jom sama2 koreksi diri..InsyaAllah..:)



     1) Berkata yang tidak perlu.

Oleh Imam Al Ghazali.

Ketahuilah bahwa bahaya lisan (lidah) itu besar sekali, dan manusia tidak akan selamat dari bahya ini, melainkan dengan bertutur kata yang baik saja.

Nabi s.a.w. telah bersabda:

Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.” 

Berkata Mu’az bin Jabal kepada Rasulullah s.a.w.: Apakah kita akan dihisab juga atas apa yang kita katakan, wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Wahai Mu’az! Tidakkah engkau ketahui bahwa manusia itu akan ditelengkupkan menerusi hidung-hidung mereka disebabkan hasil tuaian lidah-lidah mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barangsiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaNya. Dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya”. 
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja”

“Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.” 
2) Pertelingkahan
Dalam sebuah Hadis sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah Ta’ala, ialah orang yang paling degil dan suka bertelingkah.” 

Berkata Saiyidina Umar Ibnul-Khattab r.a.: Kebajikan itu adalah seperkara yang paling mudah sekali, iaitu dengan bermuka manis dan berkata lemah-lembut.

Semua ucapan yang tidak menyebabkan kemurkaan Tuhan, malah boleh menjadikan temanmu redha kepadamu, maka hendaklah jangan lokek mengucapkannya, moga-moga Allah akan membalasmu dengan pahala orang-orang yang berbuat kebajikan.

“Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang baik.” (al-Baqarah: 83)

“Apabila kamu sekalian diberikan penghormatan dengan sesuatu salam, maka hendaklah kamu membalas salam itu dengan lebih baik daripadanya ataupun dengan yang sepertinya.”(an-Nisa‘: 86)

3)  Lidah Bercabang.

Orang yang bermuka dua, atau biasanya disebut orang yang mempunyai lidah bercabang, ialah orang yang mendatangi kedua-dua orang yang sedang bermusuh-musuh, seraya berkata kepada setiap satu dari keduanya dengan kata-kata yang menghasut permusuhan antara satu sama lain. Ia sering memuji yang satu dan mencaci yang lain, serta berjanji pula untuk menolong tiap-tiap satu ke atas musuhnya. Inilah tanda-tandanya orang itu seorang munafik.

4) Bergurau berlebihan

Yang dilarang dari bersenda gurauan itu ialah yang tercela darinya, iaitu bila melakukannya amat selalu dan dengan cara yang melampaui batas. Amat selalu kerana ia akan merupakan semacam pekerjaan bagi permainan dan kelucuan, dan melampaui batas pula sebab ia akan menimbulkan terlalu banyak ketawa, dan kadang-kadang sehingga mencetuskan permusuhan pula. Ketika itu akan hilang-lenyaplah perasaan segan dan malu serta saling hormat-menghormati.

Berkata Saiyidina Umar Ibnul-Khattab r.a.: Siapa yang suka bergurau saja, niscaya orang akan memandang ringan terhadapnya.

Kesimpulannya: Jika anda boleh bersenda gurau dengan berkata hanya yang benar saja, tanpa menyakiti hati orang lain, tanpa berlebih-lebihan.. tidak mengapa..bahkan kdg2 boleh mengeratkan silaturahim ssama kita..tp ingat..jgn berlebih2an ye..:)



~ Sama2 kita perbaiki diri ye..InsyaAllah..Allah dah pesan kat kita.."Mintalah pertolongan kepada Allah dgn SABAR & SOLAT".. ~

K.jupe lg..InsyaAllah..Wallahualam..:)

June 15, 2011

AURATMU, AIB YANG WAJIB DITUTUP

Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.
Namun, setakat  mana yang dinamakan 'aurat', terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama'  berselisih pendapat mengenainya. Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.
Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.
Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan Dada
Firman Allah SWT :               
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya :
 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah al-Nur : 31)
Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak Tangan
Hendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT :
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Ertinya :
 “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa ‘yang biasa nampak daripadanya’ adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian ‘takwa’ seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.
Dalil 4: Kisah Asma’ Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian Tipis
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma’ r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, “Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya.”
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.


May 31, 2011

PERLAKSANAAN SOLAT FARDHU DALAM KENDERAAN

     
           Diriwayatkan daripada Jabir r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah mengerjan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun Baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).”
     Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa.





SOLAT DALAM KENDERAAN DI DARAT
•Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan. (Sekiranya tidak ada ruang dan tidak mampu untuk berdiri.Jika ada ruang yang cukup untuk berdiri wajiblah berdiri seperti dalam kereta api).

•Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.

•Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut. (jika ada ruang yang cukup seperti dalam kereta api wajib rukuk dengan sempurna.Tidak memadai dengan sekadar memberi isyarat kepala bagi menggantikan rukuk).
  •Sujud pula dilakukan dengan  menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk. (namun sekiranya ada ruang yang cukup untuk sujud seperti dalam kereta api maka wajib sujud dengan sempurna, bukannya  sekadar memberi isyarat)
•Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan. (Namun sekiranya mampu untuk duduk dengan sempurna maka diutamakan untuk duduk dengan sempurna).

•Kita tidak perlu mengubah tempat duduk kita semata-mata bagi tujuan membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.Berbeza dengan kapal besar kerana sesetengah ulama menyatakan wajib memusingkan badan mengikut arah kiblat selama mana diketahui arah kiblat tersebut dan tidak menyusahkan.

 SOLAT ATAS BINATANG


         •Sah solat sunat di atas binatang tunggangan seperti kuda,keldai dan unta. 
           Hal ini kerana baginda nabi SAW pernah melakukan solat sunat di 
           atas kenderaan sewaktu musafir. Malah perbuatan baginda diikuti oleh
           sahabat baginda seperti Ibnu Mas’ud ra yang solat di atas keldai
           tunggangannya. Mazhab Hanafi memakruhkan solat witir dan sunat sebelum 
           subuh di atas binatang tunggangan.

          •Namun solat fardhu dilarang dilakukan atas binatang tunggangan kerana nabi SAW
           tidak pernah solat fardhu di atas binatang tunggangan baginda. Hukumnya 
           tidak sah.

SOLAT DALAM KENDERAAN DI LAUT

Bersolat di atas bot atau kapal adalah sah di sisi majoriti ulama’, termasuk keempat empat mazhab, Hanafi, Maliki,Syafie dan Hanbali. Dengan syarat hendaklah disempurnakan segala syarat dan rukun-rukunnya sebagaimana bersolat di daratan. 
                •Wajib menghadap kiblat sewaktu  hendak takbiratul ihram.    Bagaimana pula sekiranya kapal beralih arah sewaktu tengah solat?
               •Wajib berdiri sekiranya tidak khuatir/takut akan terhumban ke  dalam laut. Bagaimana pula sekiranya  dia khuatir terhumban kerana laut     bergelora atau kapal bergerak laju ?
      •Kata Imam Nawawi dalam Majmuk 3/222, "Jika angin bertiup dan mengalih kapal dari arah kiblat hingga dia (orang bersembahyang) beralih wajahnya dari kiblat, wajib mengembalikan kepada arah kiblat".  
         •Jika seseorang telah bertakbiratul ihram ke arah kiblat, kemudian ketika solat bot beralih arah, hendaklah seseorang itu beralih arah juga supaya tetap menghadap kiblat sepanjang solat.
                        •Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Shafie jika orang yang sedang   solat itu sedang kepeningan (mabuk laut) umpamanya maka bolehlah dia mengerjakan solat fardhunya sambil duduk kerana dia di pandang sebagai tidak upaya berdiri.


             •Dan jika angin bertiup dan beralih haluan kapal lalu beralih juga mukanya dari arah qiblat wajiblah dia memutarkan badannya ke arah qiblat itu dan terus mengerjakan solat.