Diriwayatkan daripada Jabir r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah mengerjan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun Baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).”
Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa.
SOLAT DALAM KENDERAAN DI DARAT
•Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan. (Sekiranya tidak ada ruang dan tidak mampu untuk berdiri.Jika ada ruang yang cukup untuk berdiri wajiblah berdiri seperti dalam kereta api).
•Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
•Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut. (jika ada ruang yang cukup seperti dalam kereta api wajib rukuk dengan sempurna.Tidak memadai dengan sekadar memberi isyarat kepala bagi menggantikan rukuk).
•Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk. (namun sekiranya ada ruang yang cukup untuk sujud seperti dalam kereta api maka wajib sujud dengan sempurna, bukannya sekadar memberi isyarat)
•Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan. (Namun sekiranya mampu untuk duduk dengan sempurna maka diutamakan untuk duduk dengan sempurna).
•Kita tidak perlu mengubah tempat duduk kita semata-mata bagi tujuan membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.Berbeza dengan kapal besar kerana sesetengah ulama menyatakan wajib memusingkan badan mengikut arah kiblat selama mana diketahui arah kiblat tersebut dan tidak menyusahkan.
•Sah solat sunat di atas binatang tunggangan seperti kuda,keldai dan unta.
Hal ini kerana baginda nabi SAW pernah melakukan solat sunat di
atas kenderaan sewaktu musafir. Malah perbuatan baginda diikuti oleh
sahabat baginda seperti Ibnu Mas’ud ra yang solat di atas keldai
tunggangannya. Mazhab Hanafi memakruhkan solat witir dan sunat sebelum
subuh di atas binatang tunggangan.
•Namun solat fardhu dilarang dilakukan atas binatang tunggangan kerana nabi SAW
tidak pernah solat fardhu di atas binatang tunggangan baginda. Hukumnya
tidak sah.
Bersolat di atas bot atau kapal adalah sah di sisi majoriti ulama’, termasuk keempat empat mazhab, Hanafi, Maliki,Syafie dan Hanbali. Dengan syarat hendaklah disempurnakan segala syarat dan rukun-rukunnya sebagaimana bersolat di daratan.
•Wajib menghadap kiblat sewaktu hendak takbiratul ihram. Bagaimana pula sekiranya kapal beralih arah sewaktu tengah solat?
•Wajib berdiri sekiranya tidak khuatir/takut akan terhumban ke dalam laut. Bagaimana pula sekiranya dia khuatir terhumban kerana laut bergelora atau kapal bergerak laju ?
•Kata Imam Nawawi dalam Majmuk 3/222, "Jika angin bertiup dan mengalih kapal dari arah kiblat hingga dia (orang bersembahyang) beralih wajahnya dari kiblat, wajib mengembalikan kepada arah kiblat".
•Jika seseorang telah bertakbiratul ihram ke arah kiblat, kemudian ketika solat bot beralih arah, hendaklah seseorang itu beralih arah juga supaya tetap menghadap kiblat sepanjang solat.•Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Shafie jika orang yang sedang solat itu sedang kepeningan (mabuk laut) umpamanya maka bolehlah dia mengerjakan solat fardhunya sambil duduk kerana dia di pandang sebagai tidak upaya berdiri.
•Dan jika angin bertiup dan beralih haluan kapal lalu beralih juga mukanya dari arah qiblat wajiblah dia memutarkan badannya ke arah qiblat itu dan terus mengerjakan solat.
No comments:
Post a Comment