Maksud
Menunaikan ibadat solat mengikut keupayaan disebabkan
kesakitan yang menghalang daripada menunaikan secara biasa .
Kaifiat pelaksanaan solat
Solat Ketika Sakit
- Solat sambil duduk
- Solat sambil baring mengiring
- Solat sambil baring menelentang
- Solat secara isyarat kelopok mata
- Solat secara ingat dalam hati
- Solat Secara Duduk
- Duduk dalam keadaan iftirasy iaitu seperti duduk antara dua sujud.
- Rukuknya memadai menundukkan kepala sehingga kira-kira dahi bertentangan dengan tempat sujud.
- Kedua-dua belah tangan berpegang kepada lutut.
- Setelah sempurna iktidal,maka sujudlah.
- caranya sama seperti sujud dalam solat biasa.
- Jika tidak mampu,lakukan sekadar merendahkan kepala daripada tunduk yang kita lakukan untuk rukuk.
- Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi
- Duduk tegak mengikut keselesaan pesakit dengan meluruskan badan dan tangan.
- Rukuk dengan menundukkan kepala sehingga dahinya selari dengan lututnya atau sekadar yang termampu.
- Duduk di antara dua sujud dengan meletakkan tangn di atas paha.
- Sujud dengan menundukkan kepala dan badan seboleh-bolehnya dahi di bawah paras lutut sekiranya mampu. Perbuatan sujud dan rukuk hendaklah ada perbezaan
- Solat sambil baring mengiring.
- Baring mengiring di atas rusuk kanan. Dada dan muka menghadap ke arah kiblat.
- Rukuk dan sujudnya di isyaratkan dengan kepala. Dan isyarat untuk sujud direndahkan sedikit kepala daripada isyarat untuk rukuk.
- Solat sambil baring menelentang.
- Berada dalam keadaan baring sambil menelentang.
- Kaki menghala ke arah kiblat.
- Kedudukan kepala ditinggikan sedikit dengan bantal atau seumpamanya agar muka dapat menghadap kiblat.
- Rukuk dan sujud hanya di lakukan melalui isyarat kepala.
- Solat secara isyarat kelopok mata
- Berada dalam keadaan baring sambil menelentang.
- Kaki menghala ke kiblat.
- Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopok mata.
- Sujud diisyaratkan dengan memejam mata.
- Solat secara ingat dalam hati.
- Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati pergerakan mengikut tertib rukun.
- Hikmah Di Haruskan Rukhsah Solat.
- Membuktikan Allah sayang akan hambanya.
- Menunjukkan islam agama yang mudah.
- Supaya umat islam dapat menunaikan kewajipan dalam apa keadaan pun.
- Sebab diwajibkan solat walaupun ketika sakit.
- Solat merupakan ibadat yang terpenting dalam islam.
- Mengharapkan pertolongan Allah ketika senang dan susah.
- Solat sebagai penawar kepada sakit.
- Solat boleh mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran