April 8, 2011

Solat Ketika Sakit

                                             Maksud
Menunaikan ibadat solat mengikut keupayaan disebabkan
kesakitan yang menghalang daripada menunaikan secara biasa .
                      Kaifiat pelaksanaan solat
Solat Ketika Sakit
  •       Solat sambil duduk
  •       Solat sambil baring mengiring
  •       Solat sambil baring menelentang
  •       Solat secara isyarat kelopok mata
  •       Solat secara ingat dalam hati

  •       Solat Secara Duduk
  •       Duduk dalam keadaan iftirasy iaitu seperti duduk antara dua sujud.
  •       Rukuknya memadai menundukkan kepala sehingga kira-kira dahi bertentangan dengan tempat sujud.
  •       Kedua-dua belah tangan berpegang kepada lutut.
  •       Setelah sempurna iktidal,maka sujudlah.
  •       caranya sama seperti sujud dalam solat    biasa.
  •       Jika tidak mampu,lakukan sekadar merendahkan kepala daripada tunduk yang kita lakukan untuk rukuk.

  •       Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi
  •       Duduk tegak mengikut keselesaan pesakit dengan meluruskan badan dan tangan.
  •       Rukuk dengan menundukkan kepala sehingga  dahinya selari dengan lututnya atau sekadar yang termampu.
  •       Duduk di antara dua sujud dengan meletakkan tangn di atas paha.
  •       Sujud dengan menundukkan kepala dan badan seboleh-bolehnya dahi di bawah paras lutut sekiranya mampu. Perbuatan sujud dan rukuk hendaklah ada perbezaan

  •      Solat sambil baring mengiring.
  •       Baring mengiring di atas rusuk kanan. Dada dan muka menghadap ke arah kiblat.
  •       Rukuk dan sujudnya di isyaratkan dengan kepala. Dan isyarat untuk sujud direndahkan sedikit kepala daripada isyarat untuk rukuk.

  •      Solat sambil baring menelentang.
  •      Berada dalam keadaan baring sambil menelentang.
  •      Kaki menghala ke arah kiblat.
  •      Kedudukan kepala ditinggikan sedikit dengan bantal atau seumpamanya agar  muka dapat menghadap kiblat.
  •      Rukuk dan sujud hanya di lakukan melalui isyarat kepala.

  •      Solat secara isyarat kelopok mata
  •      Berada dalam keadaan baring sambil menelentang.
  •      Kaki menghala ke kiblat.
  •      Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopok mata.
  •      Sujud diisyaratkan dengan memejam mata.

  •      Solat secara ingat dalam hati.
  •       Solat dilakukan dengan membayangkan di  dalam hati pergerakan mengikut tertib rukun.

  •      Hikmah Di Haruskan Rukhsah Solat.
  •      Membuktikan  Allah sayang akan hambanya.
  •      Menunjukkan islam agama yang mudah.
  •      Supaya umat islam dapat menunaikan kewajipan dalam apa keadaan pun.

  •      Sebab diwajibkan solat walaupun ketika sakit.
  •      Solat merupakan ibadat yang terpenting dalam islam.
  •      Mengharapkan pertolongan Allah ketika senang dan susah.
  •      Solat sebagai penawar kepada sakit.
  •      Solat boleh mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran



















No comments:

Post a Comment