April 7, 2011

Solat Khauf

Maksud solat khauf ialah solat yang didirikan dalam keadaan berlaku peperangan dengan musuh
Solat khauf mempunyai dua keadaan:

Keadaan Pertama : Peperangan belum tercetus.
Keadaan kedua      : Peperangan sedang tercetus.

Keadaan pertama
                        (Keadaan peperangan belum lagi tercetus)
  • Dalam sesetengah perbuatan ia berbeza dengan solat yang didirikan dalam keadaan biasa,kerana keinginan kuat orang-orang islam yang mahu melakukan solat secara berjemaah di belakang ketua mereka yang menguruskan peperangan.
      Keadaan ini terbahagi kepada dua cara
                           Cara Pertama-Musuh berada di arah kiblat
                                      Cara Kedua-Musuh bertebaran

Cara Pertama
( Musuh Berada di arah kiblat)
  • Imam hendaklah menyusun tentera kepada dua saf,empat saf,atau lebih.
  • Semua makmun akan bersama-sama  dengan imam. 
  • Apabila imam sujud,saf yang berada di belakang imam
     (saf pertama) hendaklah sujud bersama-sama imam manakala saf kedua masih dalam keadaan berdiri.
  • Kemudian ,imam dan saf pertama akan bangun,saf yang kedua akan sujud sehinggalah mereka akan bersama-sama imam pada rakaat kedua.
  • Apabila imam sujud untuk rakaat kedua,maka saf kedua pula akan sujud bersama imam.
  • Saf pertama akan menunggu sehingga mereka bangun daripada sujud.
  • Semuanya (saf pertama dan saf kedua) akan bersama-sama imam untuk tasyahud akhir.





Cara kedua
(Musuh bukan berada di arah kiblat)
oTentera  akan dibahagikan kepada dua kumpulan atau lebih.
oKumpulan pertama- akan berdirimenghadap  ke arah musuh untuk mengawal.
oKumpulan kedua - akan menunaikan solat bersama-sama imam.
oImam akan solat bersama-sama dengan kumpulan kedua sehingga selesai rakaat pertama.
oApabila imam bangun untuk rakaat kedua,para makmun akan berniat mafarakah (bercerai daripada imam) dan akan menyempurnakan rakaat kedua secara bersendirian.
oKemudian mereka pergi ke tempat kumpulan pertama yang sedang berjaga.
oKumpulan pertama yang berjaga pada mulanya akan datang untuk mengikut imam (imam hendaklah berdiri lama untuk rakaat kedua supaya kumpulan pertama sempat untuk bersama-sama).

oApabila imam duduk tasyahud ,mereka bangun menyempurnakan rakaat kedua sehingga mereka bersama-sama ketika tasyahhud.







Keadaan kedua
(Ketika peperangan sedang tercetus)
§Apabila berlaku keadaan ini,maka tidak ada cara khusus untuk menunaikan solat.
§Setiap orang dibenarkan solat mengikut keadaan yang mengizinkan mereka mendirikannya sama ada menghadap kiblat atau tidak.
~Berdiri
~Berjalan
                                                ~menunggang
§
Rukuk
dan sujud boleh dilakukan dengan isyarat menggerakkan kepala
§
Isyarat
rukuk hendaklah lebih rendah daripada isyarat rukuk.
§
Jika
dapat ditunaikan secara berjemaah maka lebih afdal.



Solat khauf tidak akan gugur:
Dengan apa jua sebab dan keadaan yang berlaku, sekalipun dengan keuzuran yang amat dashyat. 
Semua pergerakan yang berlaku disebabkan peperangan adalah dimaafkan kecuali bercakap dan berteriak.
Jika dia ditimpa najis seperti darah, solatnya tetap sah tetapi wajib diqada selepas itu.
Hikmat solat Khauf disyariatkan
Memudahkan para mukallaf untuk menunaikan kewajipan solat yang merupakan perkara paling penting.
Untuk menghubungkan diri dengan Allah  Azzawajalla.
Hati akan berada dalam keadaan tenang dan menambahkan keyakinan dan bantuan Allah.




No comments:

Post a Comment